News Details

30 kenderaan ghaib di Pelabuhan Klang

(RTM TV1, Berita Ehwal Semasa 1.00, 5.00 pm)

30 kenderaan dalam kendalian syarikat logistik automotif, Giga Shipping Sdn Bhd yang disimpan di Pelabuhan Klang, didakwa hilang kerana dipercayai dibawa keluar menggunakan dokumen yang dipalsukan.

Laporan polis mengenai kes itu di buat pada isnin lalu.

 

30 kenderaan terpakai 'hilang' dalam simpanan (Berita Harian)

 

SHAH ALAM: Syarikat perkapalan GIGA Shipping Sdn Bhd, buntu apabila 30 unit kenderaan terpakai dalam simpanannya 'hilang' tanpa pengetahuan sejak Mac lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Cheong Yut Seng, berkata selain kenderaan pelbagai jenis dan sebuah bot kuasa yang disimpan di Pelabuhan Klang, enam kenderaan disimpan di Pelabuhan Kota Kinabalu turut dilaporkan hilang pada 3 Jun lalu. Katanya, semua kenderaan berkenaan disimpan selepas pembelinya gagal menjelaskan bayaran penghantaran berjumlah RM72,469.44. "Kenderaan berkenaan dipercayai dicuri kerana tiada dokumen hitam putih dikeluarkan sedangkan salinan asal dokumen diperlukan masih dalam simpanan syarikat. "Kami mengesyaki kenderaan dikeluarkan itu dipalsukan dokumen dan kesal kerana pihak pelabuhan cuai menjalankan tanggungjawab mereka," katanya pada sidang media di Glenmarie, di sini, hari ini. Yut Seng berkata, syarikatnya kini menjadi buruan pemilik kenderaan dan dituduh mencuri. "Kami tidak boleh melepaskan kenderaan terus kepada pemilik kerana terikat dengan undang-undang Marin dan terma serta syarat dalam surat angkutan. "Kenderaan pemilik hanya akan diserahkan selepas syarikat bertanggungjawab melunaskan bayaran tunggakan penuh," katanya. Yut Seng turut menggesa pihak berkuasa menyelesaikan isu terbabit selain meminta pemilik kenderaan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.



https://www.facebook.com/bhonline/posts/10154155379065600

https://twitter.com/bharianmy/status/742980842276958208

Back to listing
 

Shipping Information

Safe and reliable way to get your car delivered to and from points in Port Klang
Our Routes Quick Quote

Official Logistics Provider for the following car manufacturers:

Perodua Sales Proedar UMW Toyota Motor Edaran Tan Chong Honda Malaysia Isuzu Malaysia Mitsubishi Motors Malaysia Ford Daihatsu Hino Auto Bavaria Mercedes Hap Seng Jaguar Volkswagen Volkswagen
Naza Naza Kia Naza Quest Nasim Sdn. Bhd
Sime Darby Land Rover Malaysia Porsche Malaysia